Tuesday, February 16, 2010
Renungkanlah Sejenak.........
Pernahkah kita terfikir tentang keadaan zaman kita pada hari ini......Kadang-kala aku terfikir apakah zaman aku ini akan diperlihatkan oleh Allah akan tanda-tanda besar hari kiamat itu...kita renungkanlah di negara kita sahaja...telah hilang rasa kasih sayang antara keluarga yang menjadi penunjuk aras terhadap rahmat Allah telah turun kepada kita atau tidak..Suami yang dahulu amat menyintai isterinya, kini sanggup membunuhnya dengan sewenang-wenangnya...Isteri pula berlaku curang terhadap suami yang setia dan menjaga perintah Allah dalam kehidupan...anak pula sanggup membunuh ibubapa yang membesarkannya dengan kepayahan dan kasih sayang....kes-kes buang anak semakin berleluasa dan lebih kejam lagi membakar bayi tanpa memikirkan keadaan anak yang baru lahir itu...Apakah ini semua tanda rahmat Allah telah jauh daripada kita...Apakah kita sedang menanti bala Allah yang bakal menimpa secara tiba-tiba...nauzubillah...Allahuakbar...Ampuni kami Ya Allah...Ampuni kami....Umat Nabi Muhammad SAW ini merupakan umat yang termulia di sisi Allah...Umat yang diberi kelebihan dari segala umat yang terdahulu....umat yang sangat dikasihi oleh Allah dan pesuruhNya....tetapi hari ini segelintir daripadanya telah menjadi lebih hina daripada binatang.....Allahuakbar...Allah telah mengurniakan kepada segelintir umat islam akan jawatan-jawatan yang disegani oleh masyarakat...tetapi apakah kita telah menjalankan amanah yang tersirat melalui jawatan tersebut...amar makruf nahi mungkar dan tidak terikat dengan bidang tugas jawatan semata-mata...suami mendidik isteri mentaati Allah...isteri mendidik anak-anak akhlak-akhlak di dalam islam...anak-anak menghormati dan menyayangi ibubapa sebaiknya...dan pabila yang dikasihi ini melanggari perintah Allah, maka haruslah ditegur dan dinasihati diri mereka tanpa membelakangi Allah... Nabi Ibrahim a.s di arah untuk menyembelih anaknya Nabi Ismail a.s adalah semata-mata kerana Allah ingin menguji tahap kecintaan Nabi Ibrahim terhadapNya...ternyata cinta Nabi Ibrahim a.s terhadap Allah melebihi segala-galanya....wallahuaklam....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment